- Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar DiRaja dan Bersejarah.
- Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan selamat.
- Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.
- Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.
Wednesday, September 3, 2008
Objektif
Strategi
- Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam.
Memperkemas dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan. - Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan riadah.
- Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan.
- Mengeratkan perpaduan di antara rakyat di samping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
- Menyusun dan mengawasi pembangunan melalui kawalan pembangunan yang berkesan serta terancang.
- Mewujudkan suasana kecantikan seluruh kawasan selaras dengan objektif untuk menjadikan bandar Klang sebagai 'Bandar Taman.
- Menjadikan Klang bandar dalam taman yang indah dan permai.
- Memelihara khazanah yang mempunyai nilai sejarah dan estatika.
- Memastikan kebersihan dan kesihatan awam terjamin.
Wawasan
"MENJADIKAN KLANG KE ARAH BANDARAYA DIRAJA BERSEJARAH YANG BERBUDAYA MAJU, LESTARI DAN CEMERLANG"
Majlis Perbandaran Klang berharap akan memberi pimpinan yang diperlukan bagi semua pegawai-pegawai perbandaran untuk memupuk sifat setiakawan yang kukuh bagi penduduk-penduduk Klang. Kami berharap agar dapat menjayakan aktiviti-aktiviti dan meningkatkan persefahaman di kalangan warga perbandaran serta menyebarkan keputusan-keputusan polisi umum di peringkat tempatan, negeri dan kerajaan pusat.

Misi
· Menyedia dan menyelenggara dengan mencukupi, sempurna dan selesa berteraskan konsep indah dan permai.
· Mengawal, menyelia dan melaksanakan pembangunan fizikal dan spritual yang rapi, terancang dan tersusun serta memenuhi citarasa masyarakat dan negara.
· Memastikan pengurusan dan perkhidmatan perbandaran dilaksanakan dengan cemerlang berkonsepkan mesra rakyat.

Piagam Pelanggan MPK
- Memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan, kemudahan awam dan tanggungjawab sosial kepada warga Majlis Perbandaran Klang.
- Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan prihatin di samping mengekalkan suasana mesra dan harmoni.
- Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Klang ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan dinamik dan menyeluruh.
- Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dalam bidang perniagaan dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh.
- Membuat penilaian harta secara adil bagi maksud cukai taksiran dan menguruskan harta tetap Majlis dengan cekap.
- Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisyen agar pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.
- Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam dan taman rekreasi dalam keadaan baik.
Wednesday, August 27, 2008
sejarah Majlis Perbandaran Klang (MPK)
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.
Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Tahun Berkuasa
1890-Lembaga Kesihatan Klang
1945-Lembaga Bandaran Klang
1954-Lembaga Bandaran Klang
1975-Majlis Daerah Klang
1977-Majlis Perbandaran Klang

Subscribe to:
Posts (Atom)