Wednesday, September 3, 2008

Piagam Pelanggan MPK

  1. Memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pengurusan perkhidmatan, kemudahan awam dan tanggungjawab sosial kepada warga Majlis Perbandaran Klang.
  2. Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, sistematik dan berkesan.
  3. Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan prihatin di samping mengekalkan suasana mesra dan harmoni.
  4. Berusaha meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Klang ke tahap yang terbaik melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan dinamik dan menyeluruh.
  5. Berusaha membantu golongan peniaga dan penjaja dalam bidang perniagaan dengan menyediakan kemudahan yang sempurna dan menyeluruh.
  6. Membuat penilaian harta secara adil bagi maksud cukai taksiran dan menguruskan harta tetap Majlis dengan cekap.
  7. Memproses permohonan pelan-pelan pembangunan secara adil, cekap dan efisyen agar pembangunan tanah mencapai imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.
  8. Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam dan taman rekreasi dalam keadaan baik.

No comments: